Sunday, January 29, 2012

Yaacob: Trend positif dalam Matematik menggalakkan

Kejayaan pelajar Melayu lulus lebih 60% dalam PSLE memberangsangkan

Oleh
Azahar Mohd

wadah: Cyberita Online Singapura
Ringkasan Berita
Pelajar Melayu sekarang sudah semakin pandai dalam Matematik di peringkat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 9/10 pelajar melayu telah lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan layak masuk Sekolah Menengah. 61.1% pelajar melayu telah mencapai A* hingga C dalam mata pelajaran matematik.

Dr Yaacob Ibrahim juga telah memuji kejayaan Nadiah Muhammad Nasir dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan Nur Fatima Baginda Ali dari Sekolah Tinggi Bukit Panjang kerana telah menjadi pelajar terbaik melayu dalam peringat "O" level. Menurut Dr Yaacob Ibrahim, Kunci kejayaan mereka ialah kerja keras.

Menurut Dr Yaacob Ibrahim juga, ibu bapa harus memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

Pendapat saya:
Saya bangga dengan kanak-kanak melayu zaman sekarang kerana mereka sekarang makin pandai dalam pelajaran. Selalunya saya dengar, Budak melayu semuanya bodoh dan pemalas, sekarang anak-anak melayu zaman sekarang telah berjaya dalam PSLE mereka, menunjukkan kepada orang-orang yang budak-budak melayu tidak sebodoh dan semalas yang mereka fikirkan

Saturday, January 28, 2012

Anak hadapi tuduhan bunuh ustazah Oleh Nurul Dayana Simangoon.

Saya dapatkan artikel ini dari BERITA HARIAN.
Ia sebab seorang anak yang telah membunuh seorang ustazah dan ustazah itu ialah ibunya sendiri. Dia sekarang sudah ditahan reman bagi penilaian psikiatri

Pendapat saya
Apa nak jadi dengan dunia ini, dulu ada seorang anak yang mengaku telah menampar ibunya, sekarang, seorang anak yang telah membunuh seorang ustaza, dan yang menyedihkan lagi, ustazah itu adalah ibunya sendiri. Saya rasa anaknya ada sakit mental, Dia tidak menunjukkan sebarang emosi ketika berada di mahkamah, dan kita tidak boleh menyalahkan dia sahaja, mungkin ibunya telah membuat sesuatu perkara yang membuat anaknya untuk membunuhnya. Walaupun dia seorang ustazah, ia tidak bermakna dia seorang yang baik. Ada ustazah yang lebih jahat daripada orang biasa. Kita tidak boleh membaca berita ini dan terus menuduh anaknya, mungkin ada perkara yang tidak kita tahu.