
Oleh
Azahar Mohd
wadah: Cyberita Online Singapura
Ringkasan Berita
Pelajar Melayu sekarang sudah semakin pandai dalam Matematik di peringkat Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 9/10 pelajar melayu telah lulus Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah dan layak masuk Sekolah Menengah. 61.1% pelajar melayu telah mencapai A* hingga C dalam mata pelajaran matematik.
Dr Yaacob Ibrahim juga telah memuji kejayaan Nadiah Muhammad Nasir dari Sekolah Menengah Perempuan Cedar dan Nur Fatima Baginda Ali dari Sekolah Tinggi Bukit Panjang kerana telah menjadi pelajar terbaik melayu dalam peringat "O" level. Menurut Dr Yaacob Ibrahim, Kunci kejayaan mereka ialah kerja keras.
Menurut Dr Yaacob Ibrahim juga, ibu bapa harus memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Pendapat saya:
Saya bangga dengan kanak-kanak melayu zaman sekarang kerana mereka sekarang makin pandai dalam pelajaran. Selalunya saya dengar, Budak melayu semuanya bodoh dan pemalas, sekarang anak-anak melayu zaman sekarang telah berjaya dalam PSLE mereka, menunjukkan kepada orang-orang yang budak-budak melayu tidak sebodoh dan semalas yang mereka fikirkan